Kad Ucapan

Kad Pujuk Kekasih Bisikan Mawar

Kadang-kadang perkataan "maaf" lebih mudah ditulis daripada diucap. Kad ini membawa surat anda dalam tulisan tangan, diikuti gambar-gambar kenangan berdua dan pantun yang anda pilih sendiri.

Di halaman terakhir penerima ditanya "Sudi maafkan saya?". Butang "Tak nak" melompat lari setiap kali disentuh, dan anda terima pemberitahuan sebaik dia menjawab.

Sesuai untuk

  • Memujuk selepas bergaduh kecil
  • Luahan hati dan ucapan sayang
  • Ulang tahun bercinta atau perkahwinan

Warna dan tulisan

Merah jambu lembut, bingkai bertitik dan hati kecil di penjuru, nama dalam tulisan sambung.

Animasi

Hati melayang perlahan, surat ditulis perkataan demi perkataan, butang "Tak nak" melompat.

Maafkan Saya

Sarah

daripada Aiman

Pratonton dengan nama contoh. Kad anda memaparkan nama, tarikh dan tempat anda sendiri.

Templat lain

Lihat semua templat

Panduan berguna